
Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Shahrizan Ismail (Hilir Perak)
TELUK INTAN, 29 Nov (MalaysiaAktif) – Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Meor Ismail Meor Akim membuat tinjauan pengurusan dan penyelarasan operasi bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 di beberapa daerah di negeri Perak, kelmarin.

Muhammad Amin (tengah) ketika memberi taklimat ringkas berkenaan operasi PPS bersama Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak Kapt. (PA) Mohd Affindi Ishak (kanan).
Tinjauan yang dibuat berjalan lancar dan beliau berpeluang menyampaikan kit makanan kepada mangsa banjir di enam buah pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah berhampiran iaitu Manjung, Bagan Datuk, Perak Tengah dan Hilir Perak.
“Saya menyarankan agar semua agensi kerajaan, agensi tindak balas, agensi teknikal dan pasukan lain yang terlibat terus kuat dan bersemangat dalam melaksanakan tugasan menyelamat mangsa bencana ini,” katanya dalam tinjauan tersebut.
Antara PPS yang dikunjungi di Hilir Perak termasuk PPS Dewan Rumah Rehat Teluk Intan dan PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

Meor Ismail sempat bergurau dengan salah seorang mangsa warga emas.
Beliau berpuas hati dengan pengurusan PPS yang telah diselaraskan oleh kerajaan negeri dan berharap agar perihal kebajikan mangsa banjir sentiasa diberi perhatian terutama membabitkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita mengandung atau berpantang.
Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Muhammad Amin Safie dan ketua-ketua jabatan daerah.
-RI





