
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)
PEKAN, 3 Dis (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Pahang terus komited memperkasa kesiapsiagaan pengurusan musibah dan bencana.
Menurut Pegawai Daerah Pekan Azora@Ahmad Shamsuddin usaha memperkukuhkan komuniti akar umbi adalah keutamaan kerajaan negeri bagi menjamin keselamatan dan kebajikan rakyat.

Pegawai Daerah Pekan sewaktu berucap merasmikan program.
“Peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) amat besar sebagai penghubung utama antara agensi kerajaan dan penduduk.
“Kefahaman yang jelas terhadap prosedur pengurusan banjir akan membantu mempercepatkan tindakan dan menyelamatkan nyawa,” katanya di Taklimat Tatacara Pengurusan Banjir serta penyerahan elaun kepada 78 orang Setiausaha JPKK seluruh daerah Pekan di Dewan Masjid Sultan Ahmad Shah Al Haj, di sini kelmarin.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menyampaikan taklimat keselamatan hadapi MTL.
Tambahnya lagi, kesiapsiagaan dan kefahaman prosedur pengurusan banjir di peringkat kampung amat penting bagi memastikan tindakan responsif dan sistematik dapat dilaksanakan.
Taklimat Tatacara Pengurusan Banjir turut disampaikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Pekan merangkumi aspek keselamatan, penyelarasan operasi membantu mangsa, pengurusan logistik serta persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka akan memasuki fasa lebih aktif.
-RI





