Skip to main content
Berita TempatanLabuan

ARPRM Batu Loncatan Serlahkan Bakat Belia

By 7 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan) / JBS Labuan

LABUAN, 7 Dis (MalaysiaAktif) – Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) menjadi batu loncatan kepada golongan belia untuk menyerlahkan bakat serta potensi masing-masing.

Simsudin (kiri) menerima cenderahati daripada Pegawai Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan.

Menurut Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek anugerah itu bertujuan membangunkan kesukarelawanan, bakat dan kemahiran anak muda dalam khidmat kepada komuniti.

“Ini sekali gus memberi highlight dan pengiktirafan ke atas pencapaian peserta ARPRM yang telah melengkapkan semua komponen yang telah ditetapkan.

“Saya berharap para peserta yang berjaya melengkapkan semua komponen ARPRM dapat meneruskan ke tahap yang lebih tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa sekali gus dapat mengharumkan nama Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2025 dan Majlis Pertauliahan ARPRM Pperingkat Labuan, di sini semalam.

Antara penerima Anugerah ARPRM daripada Pegawai Jabatan Pendidikan Labuan.

Jelasnya lagi, program itu berjaya menarik minat golongan belia Rakan Muda pada setiap tahun di mana jumlah penyertaannya semakin meningkat.

“Seramai 255 orang menerima Anugerah Perak dan Gangsa di mana 55 orang menerima Anugerah Perak dan 200 orang menerima Anugerah Gangsa berbanding tahun lepas hanya serami 240 orang menerima anugerah ini.

“Kepada para ibubapa dan penjaga teruskan memberi sokongan kepada anak-anak ini dan terus galakkan mereka sentiasa terlibat dalam kesukarelaan bagi memastikan anak muda kita mempunyai jati diri yang kuat,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda