Skip to main content
Berita TempatanSarawak

96 Kanak-Kanak Dirai di Majlis Apresiasi Tabika KEMAS

By 7 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman dan Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 07 Dis (MalaysiaAktif) – Majlis Apresiasi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu yang melibatkan sembilan Tabika KEMAS berlangsung meriah di Dewan Suarah Bau pada Jumaat, sekali gus memberi penghargaan kepada 96 kanak-kanak serta ibu bapa mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Dato Miro Simuh, dalam ucapan perasmian merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pihak penganjur atas penganjuran majlis tahunan tersebut sebelum menyampaikan sijil kepada kanak-kanak yang diraikan.

Miro menyempurnakan simbolik perasmian Hari Apresiasi Tabika KEMAS DUN Serembu di Dewan Suarah Bau di sini, kelmarin.

“Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya melaksanakan program ini setiap tahun bagi mengiktiraf kecemerlangan pendidikan anak-anak di kawasan ini.

“Kita dapat lihat 96 wajah ceria kanak-kanak Tabika KEMAS DUN Serembu bersama ibu bapa dan guru-guru apabila diraikan dalam acara penting ini. Majlis Apresiasi ini menjadi pembakar semangat untuk merealisasikan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita,” katanya.

Miro menyampaikan sijil kepada anak-anak Tabika KEMAS di Dewan Suarah Bau.

Beliau menambah bahawa komitmen dan kerjasama erat antara ibu bapa, komuniti setempat serta pihak Tabika KEMAS terus membantu menyediakan pendidikan awal terbaik kepada kanak-kanak.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Penolong Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran KEMAS Sarawak, Napsiah Suhaili, Pegawai KEMAS Daerah Kuching, Nurezzati Azri, dan Pegawai KEMAS Daerah Bau, Jeswin Liew.

-RJ-

Tinggalkan komen anda