Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Profesion Teknikal Kunci Kejayaan Negara

By 10 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mohd Rafezan Shawal/ Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia

JOHOR BAHRU, 10 Dis (MalaysiaAktif) – Profesion teknikal merupakan tonggak utama dalam memacu inovasi serta pembangunan negara sekali gus menentukan keupayaan Malaysia untuk bersaing di peringkat global.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pemilihan Johor sebagai tuan rumah Hari Profesion Teknikal Negara 2025 merupakan pengiktirafan terhadap negeri ini sebagai hab ekonomi, industri dan teknikal yang sedang pesat membangun

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata pada era kini, kepakaran jurutera, arkitek, teknologi, profesional keselamatan dan pelbagai disiplin teknikal adalah nadi yang membina asas kemajuan negara merangkumi infrastruktur fizikal, teknologi moden dan daya saing ekonomi sejagat.

“Mereka adalah penggerak utama yang memastikan Malaysia terus relevan dalam dunia kecerdasan buatan (AI), automasi, digital serta robotik.

“Pendekatan tradisional tidak lagi mencukupi. Kita mesti perlu berubah dan menerima teknologi sebagai alat peningkatan keupayaan negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara 2025 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata generasi muda perlu melihat bidang ini sebagai peluang untuk melahirkan inovasi yang boleh menjadi pemangkin penyelesaian masalah rakyat dan cabaran global

Sementara itu, beliau berkata kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM11.43 bilion pada tahun ini untuk projek-projek membina dan membaiki infrastruktur awam di negeri Johor.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM10.24 bilion diperuntukkan untuk projek pra-pembinaan dan pembinaan yang akan membentuk asas infrastruktur moden dan berdaya saing manakala RM1.19 bilion pula khusus untuk penyenggaraan jalan, bangunan dan cerun dalam memastikan aset awam sentiasa selamat, berkesan dan berfungsi,” katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Fazli Salleh dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Azman Ibrahim.

-AA-

Tinggalkan komen anda