
Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ngwe Hee Sem
AYER KEROH, 12 Dis (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Melaka terus memberi keutamaan kepada agenda perpaduan menerusi pelbagai inisiatif termasuk peruntukan RM900,000 kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka sejak 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata kerajaan negeri Melaka terus memberi keutamaan kepada agenda perpaduan menerusi pelbagai inisiatif.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem ia termasuk pelaksanaan RT Progresif yang kini melibatkan 15 Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
“Dengan semangat ‘Melaka Sayang Rakyat, Demi Rakyat Untuk Rakyat’, marilah kita bersama membina komuniti yang lebih inklusif, progresif dan harmoni,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Apresiasi Komuniti Rukun Tetangga Peringkat Negeri Melaka 2025, di sini semalam.
Lebih 6,500 ahli KRT yang menjadi tulang belakang perpaduan di peringkat komuniti diraikan bagi meraikan komitmen dan jasa mereka.
Turut hadir Ketua Pengarah JPNIN Zulkifli Hasim dan Pengarah Jabatan Perpaduan Melaka Intan Suhana Yusuff.
-RI





