Skip to main content
JohorBerita SelatanBerita Tempatan

Bantuan Kasih Johor Ringankan Beban Penduduk DUN Serom

By 12 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh (Tangkak)

TANGKAK, 12 Dis (MalaysiaAktif) – Seramai 177 penerima daripada pelbagai kategori menerima Bantuan Kasih Johor (BKJ) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Cempaka Serom 6, di sini hari ini.

Warga Serom memenuhi dewan bagi menerima Bantuan Kasih Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin Nisa Ismail berkatabantuan berkenaan melibatkan penerima e-Kasih, ketua kampung, ketua masyarakat serta penyerahan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam Persekutuan dalam DUN Serom.

“Kestabilan politik, pengurusan cekap serta pentadbiran mantap menjadikan Johor destinasi pelaburan yang tinggi, seterusnya membolehkan lebihan pendapatan negeri dipulangkan semula kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif bantuan.

“Ini adalah berkat usaha dan kecekapan pentadbiran yang menjadikan Johor terus mengecapi kejayaan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom itu merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor, khususnya kepada Menteri Besar Datuk Onn  Hafiz Ghazi serta barisan kepimpinan negeri atas komitmen menyalurkan bantuan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Turut hadir Pegawai Daerah Tangkak Ungku Suzana Ungku Mohamad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Tangkak Norazimah Mahsom dan Penolong Pegawai Daerah Tangkak Mohd Izzudin Mohd Azman.

-RI

Tinggalkan komen anda