
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)/Facebook Ab Rauf Yusoh
MELAKA, 14 Dis (MalaysiaAktif) – Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka menjadi titik perubahan besar bagi ekosistem pendidikan negeri Melaka ‘Demi Rakyat Untuk Rakyat’.

Penyampaian Sijil Penghargaan.
Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, setiap pelajar akan dipandu dan setiap ibu bapa akan dilibatkan bagi memastikan kejayaan matlamat konvesyen ini tercapai.
“Syabas dan tahniah kepada barisan urusetia Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka serta semua agensi yang memastikan perancangan dan pelaksanaan konvensyen ini berlangsung dengan jayanya.

Antara agensi dan PIBG yang hadir.
“Lebih penting lagi, usaha ini tidak berjaya tanpa komitmen semua ahli akademik yang telah menyumbang suara, menggembleng tenaga dan kepakaran bagi memeta hala tuju pendidikan Melaka yang lebih inklusif khususnya disiplin anak – anak, ” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut di Melaka International Trade Centre (MITC), di sini semalam.
Konvesyen tersebut dihadiri lebih 2,500 peserta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Komuniti dan Rakan Strategik Pendidikan Negeri Melaka.
-RI





