Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

150 Murid Terima Manfaat Program Kembali ke Sekolah

By 31 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 31 Dis (MalaysiaAktif) – Seramai 150 orang murid menerima bantuan persekolahan yang merupakan inisiatif Menteri Besar Perak bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu.

Pegawai Khas Menteri Besar Perak (DUN Pengkalan Hulu) Salehuddin Md. Isa, berkata program ini merupakan acara tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah.

Mohd Salehuddin Md. Isa ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bantuan Back to School

“Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam membantu meringankan beban ibu bapa di samping memberi sokongan serta suntikan semangat kepada anak-anak dalam membuat persiapan menghadapi sesi persekolahan pada tahun hadapan 2026.

“Sumbangan berupa baucar bernilai RM150 ini memberi tumpuan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak daripada kumpulan B40.

“Diharapkan sumbangan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan membantu mengurangkan beban ibu bapa serta menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak. Semoga usaha berterusan ini terus mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat, sekali gus melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan cemerlang pada masa hadapan,” ujarnya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bantuan Back to School di Dataran Arena Pengkalan Hulu, di sini semalam.

Salehudin juga berharap agar sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga berpendapatan rendah untuk menyediakan keperluan sekolah terutama yang mempunyai anak bersekolah yang ramai.

Tambahnya lagi, bantuan persekolahan yang diberikan itu diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah selain meningkatkan motivasi setiap murid untuk kembali ke sekolah.

-AA-

Tinggalkan komen anda