Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

BAP 2026 Perkukuh Hubungan Guru, Ibu Bapa

By 13 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini (Perlis)

KANGAR, 13 Jan (MalaysiaAktif) – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 sebanyak RM150 bukan sekadar meringankan beban kewangan ibu bapa, malah memberi peluang mereka hadir ke sekolah dan berinteraksi dengan guru.

Ibu bapa yang hadir menerima BAP 2026

Ahli Dewan Undanagan Negeri (ADUN) Indera Kayangan Gan Ay Ling berkata perbincangan antara kedua-dua pihak itu membantu memastikan anak-anak mereka bersedia dari segi mental dan pembelajaran.

“Penglibatan awal ibu bapa membantu membina hubungan lebih erat dengan pihak sekolah, sekali gus memberi motivasi tambahan kepada murid.

“Apabila ibu bapa hadir sendiri, anak-anak akan rasa dihargai. Ini mesej bahawa pendidikan mereka diberi keutamaan,” katanya semasa sesi penyerahan BAP di SMK Perlis tengah hari tadi.

Tambahnya, pendekatan itu menjadikan BAP 2026 bukan sekadar bantuan kewangan sebaliknya satu langkah proaktif ke arah pembinaan ekosistem pendidikan yang lebih inklusif untuk semua murid.

-AA-

Tinggalkan komen anda