Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Program 1st Day At School Perkukuh Keselamatan dan Hubungan Sekolah

By 14 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 14 Jan (MalaysiaAktif) – Program 1st Day At School mampu memperkukuh aspek keselamatan dan kesejahteraan murid pada hari pertama persekolahan.

Kaunter Hari Bertemu Pelanggan PDRM turut dibuka sebagai platform interaktif bersama guru, ibu bapa dan pelajar.

Menurut Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Abdullah Sani Osman, program itu amat bermakna dalam memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan selamat dan kondusif.

“Program ini memberi mesej yang sangat jelas kepada murid bahawa keselamatan mereka adalah keutamaan. Kehadiran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekolah bukan sahaja memberi rasa selamat, malah membina hubungan positif antara pihak polis, guru dan pelajar,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini kelmarin.

Katanya pihak sekolah percaya pendekatan mesra dan kolaboratif seperti itu mampu mencegah salah laku dalam kalangan pelajar seterusnya melahirkan generasi yang berdisiplin serta berakhlak tinggi.

Abdullah Sani Osman bergambar kenangan bersama tetamu kehormat dan pelajar usai program.

Program tahunan yang dilaksanakan secara kolektif oleh PDRM dan pihak sekolah itu bertujuan meningkatkan keyakinan warga sekolah terhadap komitmen pihak berkuasa dalam menjamin keselamatan murid, di samping mewujudkan hubungan mesra dan kolaboratif melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PSS).

-RI

Tinggalkan komen anda