Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Solat Teras Pembentukan Jati Diri Umat Islam

By 18 Januari 2026Januari 20th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Randy Achang William (Sarawak)

LIMBANG, 18 Jan (MalaysiaAktif) – Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Daerah Limbang Tahun 1447H/2026M menekankan kepentingan ibadah solat sebagai tonggak pembentukan jati diri umat Islam dalam menghadapi cabaran semasa dan keteguhan iman, yang berlangsung di Masjid Baitul Iman, di sini semalam.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail hadir bersama isteri Datin Dayang Maimunah Awang Muhamad Daud menyerikan majlis anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang ini.

Abdul Rahman (tengah) menyantuni umat Islam Daerah Limbang di Masjid Baitul Iman sempena Majlis Israk dan Mikraj Peringkat Daerah Limbang Tahun 1447H/2026M di sini, semalam.

Menurut penganjur, majlis seumpama ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan umat Islam terhadap nilai-nilai agama, sekali gus melahirkan komuniti yang mempunyai kekuatan spiritual, intelektual dan emosi yang stabil.

Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan ceramah sempena Israk Mikraj oleh Imam Bahagian Miri Ustaz Sharafuddin Suaut dan diakhiri dengan solat Isyak.

Ustaz Sharafuddin menyampaikan ceramah, menekankan solat sebagai tonggak pembentukan jati diri umat Islam daerah ini dalam menghadapi cabaran semasa serta mengekalkan keteguhan iman.

Turut hadir, Imam Bahagian Limbang Abdul Rahman Iqbal Aldi, Pegawai Tadbir Pejabat Residen Limbang Mohd Zainal Udin, Pegawai Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Limbang Yusairy Yahya, Pegawai Keselamatan Kebakaran Zon 7 JBPM Sarawak Cawangan Limbang Zaki Hussin, Pemanca Sahat Bagol, Penghulu Latih Tujoh, Penghulu Yusof Dollah dan Penghulu Ahmad Mail.

-RJ-

Tinggalkan komen anda