
Laporan/foto: Mohammad Hafizee/Muhaimin Musa (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 26 Jan (MalaysiaAktif) – Suasana meriah di Parlimen Lembah Pantai, semalam apabila komuniti setempat berkumpul bagi meraikan sambutan Ponggal iaitu perayaan tradisional masyarakat India.
Sambutan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Suasana sekitar sambutan berlangsung.
Fahmi dalam ucapannya menekankan kepentingan memupuk semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum melalui sambutan perayaan berbilang budaya.
“Perayaan seperti Hari Ponggal bukan sahaja mengukuhkan identiti dan warisan masyarakat Tamil, malah membuka ruang untuk kita semua menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi nadi masyarakat Malaysia,” katanya.
Acara yang berlangsung di ruang terbuka IWK Eco Park @ Pantai Dalam itu menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan termasuk persembahan tarian tradisional, demonstrasi memasak Ponggal, serta permainan rakyat yang menarik perhatian pengunjung dari pelbagai latar belakang.
-RI





