Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

ECIPIT Platform Penting Iktiraf Kecemerlangan Institusi Pendidikan Islam Terengganu

By 28 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amiruddin Adli/Ahmad Syafri (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 28 Jan (MalaysiaAktif) – Penganjuran julung kali Anugerah Ekoceria Institusi Pendidikan Islam Terengganu (ECIPIT) menjadi platform penting dalam mengiktiraf kecemerlangan Institusi Pendidikan Islam (IPI) di Terengganu, khususnya yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), sekali gus mengangkat martabat pendidikan Islam ke arah lebih mampan dan berdaya saing.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, berkata ECIPIT diperkenalkan bagi memperkasa persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan hadir di Majlis Pengurniaan Hadiah ECIPIT  yang berlangsung dengan penuh istiadat di Istana Syarqiyyah, Chendering, di sini semalam.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM Dato’ Mohd Fadzli Yusof berkata ECIPIT anjuran Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) diperkenalkan bagi memperkasa persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat serta berinovasi, seiring keperluan pendidikan semasa.

Menurutnya, pertandingan itu menilai empat aspek utama kemampanan iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan, keceriaan serta inovasi mampan, melibatkan penyertaan madrasah, institusi tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari seluruh negeri Terengganu.

“Pendekatan ini turut menerapkan prinsip ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) yang selari dengan tuntutan Islam dan Maqasid Syariah, sekali gus berperanan membentuk institusi pendidikan Islam yang mampan, berdaya saing dan relevan dengan cabaran masa hadapan,” katanya.

Suasana di dalam Balai Santapan Diraja, Istana Syarqiyyah semasa berlangsung majlis keraian.

Sebanyak RM150,000 diperuntukkan bagi menjayakan penganjuran ECIPIT dengan johan keseluruhan menerima hadiah wang tunai RM10,000 sebagai penghargaan terhadap usaha dan komitmen institusi terlibat.

Dalam pada itu, semua peserta disifatkan sebagai pemenang kerana program berkenaan memberi impak positif ke arah penambahbaikan berterusan IPI di Terengganu, selain menyemai budaya kelestarian dan inovasi dalam landskap pendidikan Islam negeri ini.

-RI

 

Tinggalkan komen anda