Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pekan Daerah Keempat Selesai Isu Bekalan Air – MB Pahang

By 5 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Mohd Suhaizad Abd Samad (Pekan)

PEKAN, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Daerah Pekan menjadi daerah keempat di Pahang yang berjaya menyelesaikan masalah bekalan air sehingga 90 peratus, kata Menteri Besar Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata tiga daerah terdahulu ialah Raub, Bentong dan Cameron Highland.

“Daerah-daerah lain akan menyusul,” katanya kepada Malaysia Aktif selepas melawat Projek Bekalan Air Nenasi di Tangki Sungai Miang, di sini kelmarin.

Taklimat kejayaan projek daripada Pengurus Besar Divisyen Perkhidmatan Air, PAIP

Wan Rosdy juga turut diberikan taklimat perkembangan projek oleh Pengurus Besar Divisyen Perkhidmatan Air, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Ir. Abdul Aziz Mohamed Noh.

Taklimat berkenaan menyentuh status semasa projek serta pelaksanaan sistem bekalan air baharu bagi memastikan kelangsungan bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan Nenasi dan sekitarnya.

Sementara itu, Ketua Kampung Tanjung Batu, Mudzafar Abu Samah melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri Pahang atas kejayaan memuktamadkan penantian bekalan air bersih yang telah lama dihadapi penduduk.

“Projek ini amat bermakna kepada penduduk kampung kerana isu bekalan air bersih merupakan keperluan asas yang telah lama dinantikan penyelesaiannya,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda