Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

JKDM Pulau Pinang Tumpaskan Cubaan Seludup Rokok Putih Bernilai Hampir RM10 Juta

By 7 Februari 2026Februari 9th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sufian Rashid (Seberang Perai Tengah)

PERAI, 7 Jan (MalaysiaAktif) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok putih bernilai RM9.99 juta dalam satu serbuan di Pelabuhan Klang, Selangor, pada 24 Dis tahun lepas.

Pengarah Kastam Pulau Pinang Dato’ Rohaizad Ali (tiga dari kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas pihaknya

Kejayaan tersebut hasil risikan mendalam Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pulau Pinang yang berjaya mengesan sebuah kontena mencurigakan yang tiba dari luar negara.

Hasil pemeriksaan rapi mendapati sindiket menggunakan modus operandi pengisytiharan palsu dengan mendakwa muatan tersebut mengandungi perabot bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurut Pengarah Kastam Pulau Pinang Dato’ Rohaizad Ali, pemeriksaan fizikal menemukan sebanyak 9.08 juta batang rokok putih yang disembunyikan di sebalik kotak-kotak kosong.

“Nilai keseluruhan barangan rampasan termasuk duti serta cukai yang terlibat dianggarkan berjumlah hampir RM10 juta dan kes ini disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Pihak JKDM kini sedang giat mengesan pemilik sebenar kontena tersebut dan memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak terlibat dalam aktiviti yang merugikan hasil negara.

-AA-

Tinggalkan komen anda