Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Corndough Anak Ramai Perkasa Produk Tempatan Secara Dalam Talian

By 8 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar (Bachok)

BACHOK, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Corndough Anak Ramai diiktiraf sebagai kilang corndough dalam talian terbesar di Malaysia yang beroperasi dari Kampung Pauh Lima, Bachok.

Proses pembuatan Corndough mengikut SOP yang ditetapkan dan kebersihan diutamakan

Bermula dari dapur rumah bagi memenuhi kehendak anak, perusahaan itu kini memiliki premis pengeluaran sendiri lengkap dengan pensijilan Halal dan MeSTI serta mampu memenuhi permintaan pelanggan di seluruh negara.

Perniagaan tersebut dikendalikan tiga beradik iaitu Wan Syariah Wan Jamaluddin, Wan Syahirah dan Wan Muhamad Biruni dengan pembahagian tugas dalam pengurusan kewangan, pengeluaran dan pemasaran, sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 13 tenaga kerja termasuk pekerja sambilan tempatan.

“Perusahaan ini bermula dengan modal RM100 dan menggunakan kaedah jualan dari rumah ke rumah sebelum menerima sokongan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Kami juga memanfaatkan platform digital termasuk Shopee dan TikTok Shop,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.

Kilang Corndough Anak Ramai kini berdiri megah di Kampung Pauh Lima

Dalam tempoh enam tahun, Corndough Anak Ramai berjaya meraih beberapa pengiktirafan antaranya Anugerah Usahawan Terbaik Sejuk Beku 2024 dan 2025 (TikTok Shop–FAMA) serta Anugerah FAMA hasil kerjasama dengan Shopee.

Produk Corndough Anak Ramai ditawarkan dalam bentuk sejuk beku dan boleh didapati di ibu pejabat syarikat serta melalui TikTok Shop dan Shopee dengan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Corndough Anak Ramai membuktikan produk tempatan mampu bersaing, menyatukan inovasi, keluarga dan komuniti dalam setiap langkah perniagaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda