Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kawad Kaki, Perintah dan Tabik Hormat Bentuk Disiplin Anggota SRS

By 8 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

PASIR MAS, 8 Feb (MalaysiaAktif) – Latihan kawad kaki, perintah dan tabik hormat membentuk disiplin, kerjasama dan kepimpinan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Menurut Ketua Operasi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kelantan, Mohd Addli Abdullah latihan kawad penting bagi anggota memahami tatacara pelaksanaan tugasan kawalan dan rondaan.

Pegawai JPAM Mohd Hanafi Yusof sedang menunjukkan Kawad Kaki

“Latihan kawad ini memantapkan disiplin, kemahiran dan kecekapan anggota SRS di lapangan,” katanya ketika menyampaikan taklimat ringkas pada Program Kawad Kaki, Perintah dan Tabik Hormat di Dataran Perhimpunan SMK Chetok, di sini semalam.

Tenaga pengajar dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Cawangan Pasir Mas, Mohd Hanafi Yusof berkata kebanyakan peserta mudah mengikut arahan kerana ramai terdiri daripada bekas anggota tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pasukan beruniform.

Pengerusi KRT Mukim Jabo, Aziz Che Deraman berkata program ini mengukuhkan jaringan kerjasama dan memudahkan penyampaian maklumat keselamatan komuniti.

Program ini melibatkan penyertaan tujuh KRT daripada 83 KRT di Pasir Mas dengan kehadiran seramai 120 anggota SRS serta turut dihadiri oleh Pegawai Perpaduan Daerah Pasir Mas/Tumpat, Mohd Zulkarny Saleh.

-AA-

Tinggalkan komen anda