
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/BES Labuan
LABUAN, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Jabatan Wilayah Persekutuan melalui Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menyampaikan Bantuan MADANI bagi Tahun 2026 berjumlah RM60,000 kepada 19 badan sukan di Labuan.

Lo Su Fui semasa berucap merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan MADANI Tahun 2026
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Lo Su Fui berkata bantuan pentadbiran yang disalurkan merupakan satu dana amanah yang menuntut pengurusan berintegriti serta tata kelola (governance) yang terbaik.
“Suka saya ingatkan semua badan-badan sukan di Labuan khususnya untuk mengemaskini segala pentadbiran termasuklah aspek pengurusan dokumen, kecekapan kewangan, serta senarai pencapaian badan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Salah seorang wakil badan sukan Labuan (dua dari kiri) menerima Bantuan MADANI bagi Tahun 2026
“Saya yakin dengan adanya sistem penarafan ini, badan-badan sukan akan lebih berdaya saing dan berwibawa dalam memastikan prestasi sukan Wilayah Persekutuan terus cemerlang,” katanya semasa merasmikan majlis penyampaian bantuan itu, di sini semalam.
Tambah beliau, penilaian tersebut akan dijadikan tanda aras kecekapan pengurusan, di mana badan sukan yang mencapai penarafan empat atau lima bintang akan menerima pengiktirafan serta insentif khas.
-AA-





