Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantanViral

Kembara Keamanan Belia Platform Untuk Berbudi

By 10 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan/Foto: M. Sukri Ismail /Suhaimi Nik Wil (Machang)

MACHANG, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Sekumpulan lima anak muda hari ini berlepas dalam Program Kembara Keamanan Belia 1Malaysia Siri 2 di sini.

Mereka akan menjelajah ke seluruh pelosok Semenanjung Malaysia sambil melakukan kerja-kerja kebajikan di tempat-tempat persinggahan.

 

5 anak muda menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk tujuan amal

Lima anak muda menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk tujuan amal

 

Kembara sejauh 2509.5km ini dijangka memakan masa selama 40 hari.

Kerja-kerja amal akan membabitkan sebanyak 56 masjid, 25 rumah anak-anak yatim, 25 rumah orang tua dan 100 rumah orang miskin, mengikut jadual yang telah disusun oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan selaku penganjur program.

Kumpulan kembara ini terdiri daripada anak-anak muda yang berasal dari Machang, iaitu Zariman Yusof, Nasharuddin Mohd Noor, Shahrul Nizam Kadir, Mohd Shadie Ibtisam Sazali dan Mohd Amirul Mazlan.

Menurut ketua pasukan, Zariman Yusof, program sebegini wajar diikuti oleh golongan belia dalam membentuk jati diri mereka sebagai mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.

“Jatuh bangun sesebuah negara adalah bergantung kepada kekuatan warga belia,” ujarnya sebelum berlepas siang tadi.

Majlis pelepasan Kembara Keamanan Belia 1Malaysia Siri 2 ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Jajahan Machang Haji Naim Ali.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda