Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Roti Canai ‘Goreng’ Kapit Lahir Daripada Kekangan Alat

By 10 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Luhat Ajang

KUCHING, 10 Okt (Malaysiaatif) – Setiap tempat mempunyai keistimewaan makanannya yang tersendiri. Salah satunya adalah dari Kapit, Sarawak.  Di pekan Kapit, terdapat sebuah tempat makan yang dinamakan Gelanggang Kenyalang atau dipanggil GK sahaja oleh penduduk tempatan. Di sini terdapat beberapa orang penjual Roti Canai Goreng Kapit. Antara gerai yang menjadi tumpuan ramai ialah gerai no.25 Sri Suria.

Roti Canai Goreng Kapit ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan juga penduduk luar Kapit. Dinamakan Roti Canai Goreng Kapit kerana roti canai seperti ini hanya terdapat di Kapit. Keunikannya terletak kepada perbezaan berbanding roti canai mamak biasa yang terdapat di Semenanjung kerana ia digoreng dengan minyak yang banyak di dalam kuali.

Peniaga di sini berkata kesukaran mendapatkan alat membakar membawa kepada idea menggoreng roti canai ini.

papan-tanda-gerai

Antara menulain yang terdapat di sini.

 

Cara memasak berbeza dan rasanya yang dikatakan sedap oleh peminat menjadi tarikan sebenar roti canai goreng ini. Lapisan roti canai ini juga lebih tebal berbanding roti canai mamak. Terdapat dua jenis Roti Canai Kapit, iaitu roti canai kosong yang berharga RM2.00 dan roti canai telur berharga RM.004.

Bagi Niwmeai Anak Midai, 30, seorang guru yang mengajar di SMK Selirik, Kapit, beliau mendengar tentang Roti Canai Kapit sejak sebelum dihantar bertugas di sini.

“Apabila pertama kali memakannya, saya terus mengakui bahawa roti tersebut sememangnya sedap. Bermula dari situ, saya sering mengunjungi gerai roti canai ini untuk menikmatinya. Saya berharap roti canai sebegini akan turut dijual di Lundu suatu hari nanti,” ujarnya yang berasal dari Sematan, Lundu.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda