Ā Liputan dan Foto oleh: Mohd. Anuar Ibrahim dan Siti Suhaila Batun (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Empat atlet Malaysia di Sukan Paralimpik Rio 2016 diberi ganjaran oleh Naza Corporation Holdings berupa suite kediaman di Trion 888, Equine Park, Selangor dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia Sportage keluaran terbaharuĀ untuk setiap pemenang pingat emas danĀ Kia Rio SedanĀ untuk pemenang pingat gangsa.
āSukan sebagai ‘magic’ tidak boleh dinafikan lagi berikutan sukan adalah faktor yang mampu menyatupadukan masyarakat yang berbeza agama, bangsa, kedudukan ekonomi mahu pun fahaman politik”.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata demikiam semasa ucapan perasmian Majlis Penyerahan Sumbangan Daripada Kumpulan Syarikat Naza di Menara Naza di sini hari ini.
Tambah beliau lagi, āKesemua atlet yang memenangi pingat di Rio menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat bahawa tiada perkara yang mustahil dilakukan oleh rakyat Malaysia dan kejayaan atlet Paralimpik disifatkan sebagai luar biasa.ā
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat-Syarikat Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin pula melahirkan rasa gembira dan bangga di atas kejayaan yang disifatkan beliau terbesar di dalam sejarah sukan para negara.
āSebagai wakil Naza dan juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, perasaan bangga yang saya rasai amat berlainan sekali kerana saya diberi peluang untuk memberi penghargaan kepada individu-individu yang menakjubkan. Diharapkan kejayaan ini dapat dilakukan semula dengan lebih baik di Sukan Paralimpik Tokyo pada tahun 2020 nantiā.
Naza Corporation Holdings sebelum ini telah menaja pertandingan terbesar di peringkat antarabangsa dalam sukan skuasy wanita, Kejohanan Skuasy Naza-PSA Dunia Wanita. Mereka juga akan menjadi penaja platinum untuk Sukan Asia Tenggara (SEA) Kuala Lumpur 2017 akan datang.
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Ziyad Zolkifli dan Abdul Latif Romly masing-masing memenangi pingat emas termasuk memecahkan rekod dunia baharu manakala Siti Noor Radiah Ismail pula menyumbang pingat gangsa dalam acara lompat jauh wanita di temasya sukan dunia tersebut baru-baru ini.
Majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu turut disertai bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Penaung Majlis Paralimpik Malaysia, Tun Jeanne Abdullah.