Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kuantan Terima BAS.MY, Perkukuh Pengangkutan Awam Lebih Moden

By 12 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah Shaherza (Kuantan)/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Kerajaan melancarkan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) menerusi BAS.MY Kuantan bagi memperkukuh sistem pengangkutan awam yang lebih cekap, selesa dan selamat untuk rakyat.

Tetamu kehormat turut merasai pengalaman menaiki BAS.MY tersebut

Pelaksanaan BAS.MY Kuantan merangkumi 16 laluan meliputi dua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Kuantan dan Majlis Daerah Pekan dengan pengoperasian sebanyak 55 buah bas terdiri daripada 22 bas midi dan 33 bas mini.

Melalui inisiatif ini, pengguna boleh menikmati pas perjalanan tanpa had selama 30 hari pada kadar RM30, manakala tambang percuma disediakan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta pelajar.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pelaksanaan BAS.MY membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang mampu milik dan berkualiti kepada rakyat.

Anthony Loke sempat beramah mesra dengan penumpang bas serta mengedarkan Pas Perjalanan Tanpa Had Kad 30 Hari BAS.MY

“Kerajaan mahu memastikan perkhidmatan bas berhenti-henti menjadi pilihan utama masyarakat. Dengan tambang rendah, bas yang selesa serta pemantauan berterusan, kita yakin lebih ramai akan beralih kepada pengangkutan awam sekali gus mengurangkan kesesakan trafik dan kos sara hidup,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pemantauan prestasi pengendali akan dilaksanakan secara ketat bagi menjamin tahap perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

Majlis pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.MY Kuantan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Dato’ Ir. Razali Kassim yang mewakili Menteri Besar di Perkarangan Stadium Darul Makmur, di sini semalam.

-AA-basb

Tinggalkan komen anda