Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

500 Penerima Terima Sumbangan Tahun Baharu Cina

By 12 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurulaini/Facebook Mohd Jafni Md Shukor

KULAI, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 500 penerima menerima sumbangan wang tunai RM150, bakul makanan serta baucar pembelian dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Tahun Baharu Cina 2026 di Dewan Raya Putra, Bandar Putra, di sini kelmarin.

Penyerahan sumbangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai Mohd Jafni Md Shukor kepada penerima.

Program hasil kerjasama kerajaan negeri Johor, Yayasan Sejahtera Kulai, Majlis Perbandaran Kulai serta rakan strategik sektor swasta itu bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela menjelang musim perayaan.

Majlis penyerahan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai Mohd Jafni Md Shukor.

Menurut beliau, bantuan yang disalurkan itu diharap dapat meringankan beban penerima dalam membuat persiapan menyambut perayaan.

“Walaupun nilainya sederhana, bagi rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup, bantuan ini amat bermakna sebagai persediaan menyambut perayaan dan tanda bahawa kerajaan sentiasa bersama rakyat,” katanya.

Program tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri Johor yang telah meluluskan peruntukan RM17 juta bagi Bantuan Khas Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di seluruh negeri sebagai langkah memperkasa kesejahteraan rakyat serta mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk di Johor.

-RI

Tinggalkan komen anda