Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Prestasi Ekonomi 2025 Catat Pencapaian Lebih Baik Berbanding Jangkaan Awal

By 13 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak/Facebook Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Prestasi ekonomi negara bagi 2025 mencatatkan pencapaian lebih baik daripada jangkaan awal, dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik kepada 5.2 peratus berbanding unjuran awal 4.9 peratus.

“Secara keseluruhan, pertumbuhan KDNK 2025 meningkat kepada 5.2 peratus, lebih tinggi berbanding 5.1 peratus yang dicatatkan pada 2024,” kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata demikian pada sidang media mingguan sejurus selesai Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan angka terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada pukul 12 tengah hari tadi, pertumbuhan sebenar suku keempat 2025 adalah 6.3 peratus, mengatasi anggaran awal 5.2 peratus.

“Antara sektor yang telah menyumbangkan pertumbuhan paling tinggi adalah sektor pembinaan sebanyak 11 peratus.

“Pada ketika ini dan pada hujung tahun lalu, kedudukan bursa saham berada pada kedudukan paling tinggi dalam tempoh tujuh tahun dan nilai mata wang ringgit antara 10 terbaik di Asia,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sekiranya kadar inflasi negara kekal rendah pada paras 1.4 peratus, manakala defisit fiskal turut mencatatkan prestasi lebih baik apabila berada pada kadar 3.7 peratus, iaitu lebih rendah berbanding unjuran awal sebanyak 3.8 peratus.

-RI

Tinggalkan komen anda