Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PTPK Lancar Kampung Angkat MADANI di Tapah

By 16 Februari 2026Februari 17th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hanizatul Azwa (Batang Padang)/KESUMA

TAPAH, 16 Feb (MalaysiaAktif) – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) melancarkan Program Kampung Angkat MADANI di Arena Square Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tersusun Banir Estate, di sini semalam.

Ketua Setiausaha KESUMA Datuk Azman Mohd Yusof, berkata inisiatif tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membawa agenda pembangunan kemahiran dan kesejahteraan rakyat terus ke peringkat akar umbi.

Aktiviti menukar minyak percuma antara acara yang dianjurkan dalam program tersebut

“Fokus utama program merangkumi latihan kemahiran, pembangunan keusahawanan serta sokongan kepada perusahaan komuniti bagi meningkatkan taraf hidup penduduk melalui akses kepada latihan dan pembiayaan.

“Pembangunan modal insan melalui latihan kemahiran berterusan amat penting bagi melahirkan komuniti berdaya saing, berilmu dan hidup harmoni selaras dengan aspirasi MADANI,” katanya ketika menyempurnakan majlis perasmian program tersebut.

Beliau turut menyeru agar penduduk setempat merebut peluang meningkatkan kebolehpasaran diri melalui akses kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang disediakan oleh kerajaan.

Jelas beliau lagi, inisiatif itu turut menekankan aspek kesejahteraan sosial melalui pembinaan komuniti yang inklusif dan penyayang, terutamanya dalam membantu golongan rentan.

Program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari itu turut diserikan dengan penyampaian bakul sumbangan kepada penduduk sekitar sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Thaipusam dan bulan Ramadan akan datang.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPK Mohd Fathullah Mustafa, barisan kepimpinan masyarakat setempat serta ketua-ketua jabatan.

-AA-

Tinggalkan komen anda