Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Keindahan Masjid Sri Sendayan Tarik Perhatian Pengunjung

By 21 Februari 2026Februari 23rd, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith/Siti Hajar Kamis (Seremban)

SEREMBAN, 21 Feb (MalaysiaAktif) – Setiap kali nama Bandar Sri Sendayan disebut, satu imej yang pasti terlintas di fikiran ramai ialah Masjid Sri Sendayan yang berdiri megah, seolah-olah menjadi mahkota kepada bandar yang pesat membangun ini.

Corak geometri dan bunga pada siling koridor luar Masjid Sri Sendayan direka oleh Saad Al Shaikhly

Dibina pada 2015 dan dibuka kepada umum pada September 2019, masjid ini bukan sekadar rumah ibadah malah merupakan wakaf istimewa tokoh perbankan terkenal, Pengasas RHB Bank Abdul Rashid Hussain.

Bagi anak jati Sendayan Mohd Shahril Alias, 46, kewujudan masjid berkenaan membawa rasa bangga yang sukar digambarkan.

“Dulu Sendayan tidak seperti sekarang. Bila adanya masjid ini, rasa seperti kawasan ini semakin hidup dan dihargai.

“Kehadirannya bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk untuk beribadah, malah menjadi pemangkin kepada perkembangan komuniti setempat serta menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar negeri,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini semalam.

Reka bentuk dari sisi tepi masjid

Tambahnya, keindahan seni bina masjid berinspirasikan Timur Tengah itu turut memikat jurugambar dan penerbit iklan, menjadikan perkarangannya sebagai lokasi pilihan sesi fotografi perkahwinan serta rakaman promosi khususnya menjelang Aidilfitri.

Kini, Masjid Sri Sendayan bukan sekadar tempat beribadah, sebaliknya simbol kebanggaan, lambang perpaduan dan mercu tanda yang mengangkat nama Bandar Sri Sendayan di peta Negeri Sembilan.

-AA-

Tinggalkan komen anda