Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Sri Aman Angkat Tema Kelestarian Alam Sambut Nuzul Al-Quran Sarawak

By 23 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim/UKAS (Sri Aman)

KUCHING, 23 Feb (MalaysiaAktif) — Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Sarawak Tahun 1447 Hijrah/2026 Masihi yang akan diadakan di Masjid Bandar Sri Aman pada 6 Mac ini mengangkat tema “Ummah Maju Makmur, Insan Berilmu Menjulang Kelestarian Alam”, yang turut dijadikan tema induk bagi program utama perayaan Islam di Sarawak sepanjang 2026.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Islam) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata tema itu dipilih bagi menekankan kepentingan kesejahteraan masyarakat dan penguasaan ilmu pengetahuan yang seiring dengan tanggungjawab menjaga alam sekitar.

“Tema tahun ini menekankan bahawa umat Islam yang berilmu bukan sahaja mampu membangunkan masyarakat sejahtera, tetapi juga menghargai alam sebagai amanah Ilahi,” katanya pada sidang media di sini, pada Isnin.

Majlis dijangka diserikan kehadiran TYang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata antara pengisian program iala Seminar Al-Quran di Dewan SK (A) Sri Aman pada 5 Mac dan Program Ziarah Ramadan serta Forum Perdana Saudara Kita pada 6 Mac.

-RJ-

Tinggalkan komen anda