Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Tadarus Surau Al-Midani Semarak Ramadan PPR Petrajaya

By 25 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suherman Sari (Sarawak)

KUCHING, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Program Tadarus al-Quran di Surau Al-Midani, Taman PPR Petrajaya 1, Jalan Sultan Tengah terus diimarahkan setiap malam sepanjang Ramadan kali ini dengan penyertaan aktif penduduk setempat.

Program tahunan yang diadakan selepas solat sunat tarawih itu turut memberi fokus kepada penglibatan kanak-kanak dan remaja berusia 10 hingga 17 tahun sebagai usaha membudayakan pembacaan al-Quran sejak usia muda.

Hiszan berkata program tadarus al-Quran di Surau Al-Midani memberi manfaat dalam membina kekuatan rohani generasi muda sejak usia awal.

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Midani, Hiszan Abdullah berkata penganjuran berterusan program berkenaan memberi manfaat besar dalam membina kekuatan rohani generasi pelapis.

“Saya merasakan program ini wajar menjadi tanda aras kepada ahli kariah surau agar al-Quran terus dijadikan pedoman dan pegangan dalam kehidupan seharian,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Beliau berkata amalan membaca al-Quran tidak seharusnya terhad bulan pada Ramadan sahaja sebaliknya perlu diteruskan sebagai rutin harian tanpa mengira waktu.

Program berkenaan turut menjadi medium mengeratkan silaturahim serta memperkukuh semangat ukhuwah dalam kalangan penduduk PPR Petrajaya 1.

-RJ-

Tinggalkan komen anda