
Laporan/foto: Mohd Sukri Ismail (Tumpat)
TUMPAT, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Bulan Ramadan bukan sahaja masa meningkatkan ibadah, malah turut membuka peluang rezeki kepada peniaga kecil, khususnya melalui jualan makanan dan minuman berbuka puasa.

Papan tanda diletakkan di tepi jalan bagi menarik perhatian pelanggan ‘3 Supik RM5.00’
Antara yang menjadi pilihan orang ramai ialah air balang yang dijual di bazar Ramadan dan gerai di tepi jalan.
Bagi Hafizuddin Che Hamid, 28, beliau mengambil peluang menjual air balang pelbagai perisa di Kampung Kesedar, Kelaboran.
kerana permintaannya yang tinggi sepanjang Ramadan.
Sebanyak 10 balang air dijual setiap hari bermula jam 3 hingga 7 malam dengan sambutan yang diterimanya amat menggalakkan.

Pelanggan yang datang untuk membeli air balang.
“Untuk menarik pelanggan, saya menawarkan tiga supik (bungkus) pada harga RM5,” katanya.
Menurutnya, jualan air balang memberikan pulangan yang baik kerana modalnya rendah dan permintaan tinggi, terutamanya sepanjang Ramadan yang menjadi waktu paling sesuai untuk menjana pendapatan tambahan.
-RI





