Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Inisiatif Perumahan Penjawat Awam Perkasa Kesejahteraan Warga Perkhidmatan Kuching

By 2 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Cahris Yong Kiew Hee (Kuching)

KUCHING, 2 Mac (MalaysiaAktif) – Inisiatif perumahan khas untuk penjawat awam di bandar raya ini terus diperkasa bagi menjamin kesejahteraan serta kestabilan hidup warga perkhidmatan awam di Sarawak.

Nur Amanda menyifatkan inisiatif perumahan khas untuk penjawat awam di Kuching sebagai langkah tepat membolehkan beliau memiliki kediaman sendiri dengan harga berpatutan.

Pelaksanaan projek perumahan mampu milik ini melibatkan kerjasama Jabatan Perumahan Negara dan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) bagi memastikan lebih ramai penjawat awam memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan.

Menurut kenyataan melalui Portal Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Jabatan Perdana Menteri (JPM), beberapa lokasi strategik telah dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PPAM di Sarawak khususnya Kuching, termasuk PPAM Tabuan Jaya dan PPAM Muara Tuang.

“Dengan adanya skim khas seperti ini, kami lebih yakin untuk merancang masa depan keluarga tanpa terlalu terbeban dengan komitmen kewangan,” kata penjawat awam Nur Amanda Soo, 32, ketika ditemui pada Khamis lepas.

Selain menawarkan harga kompetitif, projek perumahan tersebut turut dilengkapi kemudahan asas seperti surau, taman permainan dan akses jalan yang baik untuk mewujudkan persekitaran komuniti kondusif serta selamat untuk keluarga penjawat awam.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkukuh kebajikan warga perkhidmatan awam serta menyokong agenda pembangunan mampan di Kuching.

Usaha berterusan ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar Ibrahim dalam memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terpelihara.

Orang ramai khususnya penjawat awam disaran mendapatkan maklumat lanjut melalui Portal Rasmi PPAM JPM atau menghubungi Bahagian Pengurusan Hartanah JPM serta Unit Sumber Manusia di jabatan masing-masing bagi mengetahui syarat kelayakan dan proses permohonan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda