Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Yayasan PETRONAS Ceriakan 450 Keluarga Menjelang Aidilfitri

By 3 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 3 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 450 keluarga daripada enam daerah di Terengganu menerima sumbangan bakul makanan sempena persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri menerusi Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2026.

Mohammad Ahmad Shazly Ramli (bersongkok) bergambar bersama penerima sumbangan bakul makanan.

Program anjuran Yayasan PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu telah diadakan di sebuah hotel, di sini semalam.

Menurut Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Pantai Timur Mohammad Ahmad Shazly Ramli program tersebut mencerminkan komitmen berterusan Yayasan PETRONAS dalam membantu meringankan beban golongan yang memerlukan menjelang Aidilfitri.

“Inisiatif ini diharap lebih bermakna apabila dapat dikongsi bersama dan dapat membawa kegembiraan serta kelegaan kepada para penerima serta keluarga mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Program sama turut dilaksanakan di Pahang dan Kelantan lain bagi memastikan lebih ramai keluarga dapat merasai kemeriahan Syawal.

Usaha ini bukan sahaja membantu dari segi keperluan asas, malah menyemai semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat.

-RI

Tinggalkan komen anda