Skip to main content
Berita TempatanLabuan

‘Shopping Riang Raya’ Ceriakan Asnaf Labuan

By 8 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/BES Labuan

LABUAN, 8 Mac (MalaysiaAktif) – Program RAHMAH Ramadan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ‘Shopping Riang Raya’ menceriakan 17 buah keluarga penerima Bantuan Sara Hidup MAIWP, semalam.

Mohd Rafie (paling kiri) dan Mohd Radzaleih (paling kanan) menemani anak-anak penerima bantuan memilih selipar baharu.

Menurut kenyataan MAIWP, program itu memberi peluang kepada 100 orang penerima untuk membeli sendiri pakaian dan kelengkapan Hari Raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

“Program ini bukan sekadar memberi peluang kepada golongan asnaf membuat persiapan hari raya dengan lebih selesa, malah turut memperlihatkan pendekatan menyantuni secara dekat apabila para pegawai dan kakitangan MAIWP bersama-sama menemani setiap keluarga memilih pakaian serta keperluan Aidilfitri,” menurut kenyataan itu.

Pegawai dan kakitangan MAIWP Cawangan Labuan turut sama membantu para penerima bantuan memilih baju raya.

Menurut kenyataan itu lagi, sebanyak RM35,000 diperuntukkan dengan kos perbelanjaan pembelian RM300 bagi setiap seorang penerima.

Mereka turut menerima duit raya bernilai RM50 seorang dengan nilai keseluruhan RM5,000.

“Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan MAIWP dalam memastikan golongan asnaf turut merasai kegembiraan menyambut Syawal dengan penuh bermakna selaras dengan aspirasi memperkasa kebajikan ummah,” menurut kenyataan itu.

Turut hadir menyantuni para penerima adalah Pengurus MAIWP Cawangan Labuan Mohd Rafie Zakaria, Timbalan Pengurus Operasi MAIWP Cawangan Labuan Mohd Radzaleih Matusin serta pegawai dan kakitangan MAIWP Cawangan Labuan.

-RI

Tinggalkan komen anda