Skip to main content
Berita TempatanKISSarawak

KIS Sasar Bentuk Pengguna Teknologi Bijak, Berwaspada

By 8 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Philip Johnny (Sarawak)

MIRI, 8 Mac (MalaysiaAktif) – Kempen Internet Selamat (KIS) menyasarkan pembentukan masyarakat yang bukan hanya pengguna teknologi tetapi bijak dan berwaspada.

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Miri Fadzlida Hanim Abdul Razak berkata perkara itu boleh dijayakan menerusi pemantapan fungsi ibu bapa dalam kawalan keselamatan digital anak-anak.

“Melalui demonstrasi pengaktifan kawalan ibu bapa, para penjaga dapat memantau aktiviti digital anak-anak dengan lebih efektif demi keselamatan keluarga,” katanya ketika ditemui pada KIS 2026 di Bazaar Ramadan Permy Mall, di sini yang mendekati masyarakat dan menyuntik kesedaran digital, semalam.

Pengunjung memeriahkan reruai MCMC di Bazaar Ramadan Permy Mall, Miri bagi mendapatkan maklumat keselamatan internet dan perlindungan siber, semalam.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada siri jelajah serentak di 19 lokasi terpilih di seluruh negara, bertujuan mendidik masyarakat daripada pelbagai lapisan tentang keselamatan di alam maya.

Pengunjung bazar, Sia Joseph, 40, berkata taklimat mengenai kawalan ibu bapa itu membuka matanya bahawa teknologi bukan sahaja untuk hiburan, tetapi perlu ada sempadan keselamatannya.

Laurence Kulleh, 30, pula berkata pendedahan tentang ancaman scam atau penipuan siber memberi ilmu berharga untuk lebih berhati-hati sebelum menekan pautan mencurigakan.

Turut diadakan pada KIS 2026 tersebut ialah pengisian interaktif termasuk kuiz kesedaran digital, demonstrasi kawalan peranti dan taklimat ancaman scam bagi memastikan rakyat menjadi pengguna teknologi yang bijak dan bertanggungjawab.

-RJ-

Tinggalkan komen anda