Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Sumbangan Moreh Wisma Persekutuan Lawas Imarah Ramadan Di Masjid Darul Mamur

By 11 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Asri Dalim (Lawas)

LAWAS, 11 Mac (MalaysiaAktif) – Warga Wisma Persekutuan Lawas menganjurkan program sumbangan moreh kepada jemaah di Masjid Darul Mamur Lawas bagi mengimarahkan bulan Ramadan, semalam.

Program tersebut diadakan bagi berkongsi rezeki di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan agensi kerajaan di Wisma Persekutuan Lawas dengan jawatankuasa masjid serta jemaah yang hadir menunaikan solat tarawih.

Ketua Biro Agama Wisma Persekutuan Lawas, Jemari Abu Bakar berkata program berkenaan menjadi platform memupuk semangat kebersamaan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat sepanjang bulan Ramadan.

Jamari Abu Bakar (tengah) hadir menyerahkan sumbangan moreh kepada wakil jawatankuasa Masjid Darul Makmur Lawas, Halmi Matjais.

“Penganjuran program seperti ini dapat memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat khususnya sepanjang bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui di Masjid Darul Mamur Lawas semalam.

Menurut Jemari, program seumpama itu diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menyemarakkan lagi aktiviti kebajikan dalam kalangan masyarakat.

Antara sumbangan yang diserahkan sempena program tersebut termasuk beberapa karton air bikarbonat, 150 bungkus mi serta kuih-muih untuk jemaah yang hadir.

Juadah moreh yang disediakan selepas solat tarawih turut disambut baik oleh jawatankuasa masjid yang menzahirkan penghargaan atas keprihatinan warga Wisma Persekutuan Lawas.

-RJ-

Tinggalkan komen anda