Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Daun Sabi Sayur Tradisional Bidayuh Bau Jana Pendapatan Penjaja

By 12 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Loseyeffer Molly/Jackson Abel (Bau)

BAU, 12 Mac (MalaysiaAktif) – Daun sabi yang terkenal sebagai sayur tradisional masyarakat Bidayuh di daerah ini bukan sahaja mengekalkan warisan kulinari tempatan, malah membantu menjana pendapatan penjaja kecil.

Sayur tersebut sering digunakan sebagai campuran dalam sup kerana rasanya yang unik serta mampu menambahkan aroma dan keenakan masakan.

Pada masa lalu, daun sabi tumbuh secara meliar di kawasan hutan sekitar Bau sebelum mula ditanam secara kecil-kecilan oleh penduduk bagi memastikan bekalannya terus tersedia.

Langkah penanaman tersebut bukan sahaja membantu mengekalkan warisan makanan tradisional masyarakat Bidayuh, malah membuka peluang ekonomi kepada penduduk tempatan.

Salah seorang pengusaha dan penjual daun sabi Qistina Gawai, 41, berkata permintaan terhadap sayur tersebut semakin meningkat terutama daripada masyarakat Bidayuh dan Cina di kawasan sekitar.

Penjaja kecil Qistina Gawai (kanan) menunjukkan daun sabi yang dijualnya di Bau sebagai antara sayur tradisional masyarakat Bidayuh.

“Ramai pelanggan datang membeli daun sabi kerana ia menambahkan kesedapan masakan mereka,” katanya ketika ditemui MalaysiaAktif di sini, semalam.

“Penjualan daun sabi ini juga membantu meningkatkan pendapatan keluarga saya sebagai penjaja kecil,” katanya.

Daun sabi kini bukan sahaja menjadi simbol warisan kulinari masyarakat Bidayuh di Bau, malah dilihat berpotensi sebagai sumber ekonomi kepada penjaja kecil yang memanfaatkan hasil tradisional tempatan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda