Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Ramadan Madrasah Didik Jiwa Melalui Amalan Zakat, Wakaf

By 12 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 12 Mac (MalaysiaAktif) — Umat Islam di daerah ini diseru menjadikan bulan Ramadan sebagai ‘madrasah’ bagi mendidik jiwa supaya lebih prihatin terhadap tanggungjawab agama dan kebajikan sosial.

Pegawai Agama Islam Bahagian Sri Aman, Kamarulzaman Kawi berkata pengisian ilmu berkaitan pengurusan harta syariah seperti zakat, infaq dan wakaf adalah komponen penting membentuk peribadi muslim bertaqwa.

“Ramadan bukan sekadar bulan ibadah ritual, malah ia adalah madrasah yang mendidik jiwa kita untuk memahami erti pengorbanan. Melalui pemahaman yang jelas mengenai hukum-hakam seperti fidyah dan infaq, kita dapat memastikan amalan dilakukan berlandaskan ilmu yang tepat,” katanya semasa Program Perkongsian Ilmu di Masjid Lama Kampung Tengah, kelmarin.

Selain pendedahan mengenai konsep zakat dan sedekah, para peserta diberi penjelasan kaedah pembayaran fidyah dan satu majlis simbolik penyerahan Al-Quran Mushaf Wakaf diadakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Lama Kampung Tengah.

Program anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman itu dijalankan dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Sri Aman dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Cawangan Sri Aman.

-RJ-

Tinggalkan komen anda