Skip to main content
Berita TempatanSarawak

PETRONAS Gedong Junction Sokong Ekonomi Komuniti, Promosi Produk Tempatan

By 12 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rick Anderson Rini/Firdaus Hadi Suhaimi (Gedong)

GEDONG, 12 Mac (MalaysiaAktif) — Stesen minyak PETRONAS Gedong Junction terus menjadi hentian utama pengguna jalan raya di kawasan Gedong serta platform mempromosikan produk tempatan Sarawak.

Beroperasi sejak 11 Disember 2013, stesen itu menjadi nadi penghubung penduduk setempat serta pengguna laluan berkenaan untuk mendapatkan bahan api dan berehat.

Marina memberitahu pihaknya sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan yang mereka tawarkan berada pada tahap terbaik.

Pemilik stesen, Marina Randung Ben, 48, berkata mereka turut mempromosikan produk tempatan Sarawak menerusi kerjasama Jabatan Pertanian Sarawak dan Pertubuhan Peladang Kawasan bagi membantu usahawan tempatan memperluas pasaran.

“Selain memudahkan perjalanan pengguna, stesen ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta memberi ruang kepada usahawan memasarkan produk mereka,” katanya kepada MalaysiaAktif, semalam.

Secara keseluruhan, PETRONAS Gedong Junction bukan sahaja menyediakan kemudahan penting kepada pengguna jalan raya, malah menyokong pembangunan ekonomi komuniti setempat dan mempromosikan produk tempatan Sarawak.

-RJ-

Tinggalkan komen anda