Skip to main content
Berita TempatanSarawak

SKAS 2026 Ringan Kos Sara Hidup Rakyat Sarawak

By 16 Mac 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Zaini Morshidi/Ahmad Fairuz (Sibu)

SIBU, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Kadar bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 dinaikkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah.

Wong Soon Koh (lima kiri) bergambar dengan penerima semasa pelancaran SKAS Peringkat DUN Bawang Assan di sini, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh kategori isi rumah kini menerima RM950 berbanding RM800 sebelum ini.

Kategori warga emas pula katanya menerima RM500 manakala kategori bujang menerima RM300.

“Peningkatan kadar bantuan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup,” katanya ketika berucap pada Program SKAS 2026 peringkat Dewan Undangan Negeri Bawang Assan di sini, kelmarin.

Pembayaran SKAS 2026  dilaksana dalam tiga fasa bermula 10 Mac, Mei dan November depan.

Lebih 90 peratus penerima telah mendaftar menggunakan aplikasi SPay Global bagi memudahkan proses penyaluran bantuan secara digital.

“Penggunaan platform digital bukan sahaja memudahkan transaksi, malah membolehkan bantuan disalurkan secara lebih cepat, telus dan bersasar,” tambah beliau.

Program ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial masyarakat di seluruh Sarawak.

-RJ-

Tinggalkan komen anda