Skip to main content
Berita TempatanSarawak

MyDigital ID Perkukuh Keselamatan Siber Rakyat Sibu

By 16 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaini Morshidi/MyDigital ID (Sibu)

SIBU, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Usaha memperkukuh transformasi digital negara terus diperkasa menerusi pelaksanaan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti digital yang selamat.

Penyelaras Wilayah Bahagian Sarawak MyDigital ID, Noorhidayah Badar berkata tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan identiti digital kini semakin meningkat.

Noorhidayah menjelaskan walaupun pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian, masih terdapat pengguna menghadapi kesukaran ketika proses swafoto dan pengisian maklumat.

Noorhidayah memberi penjelasan mengenai Mydigital ID kepada Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau yang turut hadir di majlis kelmarin.

“Pendaftaran di kiosk sebenarnya lebih mudah dan cepat kerana pengguna hanya perlu membawa MyKad untuk pengesahan,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, kelmarin.

Beliau menambah keseluruhan proses di kiosk hanya mengambil masa sekitar dua hingga tiga minit berbanding pendaftaran kendiri.

MyDigital ID mula diperkenal secara rasmi di Sarawak pada tahun 2025 sebagai usaha kerajaan melindungi rakyat daripada ancaman penipuan siber.

Inisiatif ini giat diperkenal kepada masyarakat Sibu bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan identiti digital ketika berurusan secara dalam talian.

MyDigital ID berfungsi sebagai pengesahan identiti tunggal yang membolehkan rakyat mengakses pelbagai portal perkhidmatan kerajaan dan swasta.

Sistem ini membantu pengguna mengenal pasti platform sah sekali gus mengelakkan risiko daripada laman web meragukan.

Orang ramai diseru segera mendaftar MyDigital ID bagi memanfaatkan kemudahan teknologi serta meningkatkan tahap keselamatan urusan digital harian.

-RJ-

Tinggalkan komen anda