
Laporan/foto: Daniel Jong/Budin Gumbang (Kapit)
KAPIT, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Sebanyak 24 organisasi komuniti di sekitar Baleh menerima suntikan dana berjumlah RM345,000 melalui geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).
Pemberian dana itu bertujuan memperkukuh usaha pembangunan dan kebajikan masyarakat setempat melalui pelbagai agensi serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Inisiatif tersebut melibatkan agihan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Wilson Ugak menegaskan tentang kepentingan pengurusan dana secara berintegriti, telus dan amanah demi memastikan manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh oleh komuniti.
Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong menegaskan kepentingan pengurusan dana secara berintegriti, telus dan amanah demi memastikan manfaatnya dirasai secara menyeluruh oleh komuniti.
“Saya amat berharap geran ini dimanfaatkan untuk melaksanakan projek atau aktiviti yang memberi impak meluas kepada masyarakat setempat,” katanya ketika menyempurnakan majlis penyerahan geran tersebut di Rumah Selukai Jemut, Nanga Oyan, Baleh semalam.

Wilson Ugak menegaskan tentang kepentingan pengurusan dana secara berintegriti, telus dan amanah demi memastikan manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh oleh komuniti.
Ketua Kampung Nanga Sempili James Bandak berkata bantuan itu membolehkan penduduk membaik pulih infrastruktur kampung dengan segera.
“Inisiatif ini turut meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan penduduk melalui aktiviti gotong-royong,” katanya.
Ketua Kampung Sungai Sepanto Bunsi Lagan menyifatkan geran tersebut sebagai pemangkin kepada pengaktifan semula pelbagai program kemasyarakatan di kawasan mereka.
-RJ-





