
Laporan/foto: Wan Nur Firas Husnina (Kelantan)
KOTA BHARU, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Program bedah buku yang diadakan secara berkala sebanyak tujuh kali setahun merupakan antara inisiatif Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Ariza Che Ismail ketika menyampaikan ucapan
Buku Akhlak Dalam Islam: Cabaran Akhlak Pada Masa Kini karya Marbuh Kasman dipilih sebagai bahan utama, selaras dengan peningkatan penerbitan buku keagamaan yang kini menyumbang kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan terbitan baharu.
Pengarah DBP Wilayah Timur Ariza Che Ismail berkata program itu akan terus diperluas melalui pelbagai medium termasuk wacana bahasa secara dalam talian bagi memastikan Bahasa Melayu kekal relevan mengikut peredaran masa.
“Inisiatif ini penting untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang mencerminkan akal budi rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, salah seorang peserta Shahmil Bahri, 35, berkata program seumpama ini mampu membentuk jiwa masyarakat serta membina generasi berilmu melalui penguasaan bahasa.
-AA-





