Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Ziarah Kasih Ramadan Santuni 12 KIR Julau

By 19 Mac 2026Mac 20th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mathilda Sempon/Chong Fei Foo (Julau)

JULAU, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 12 Ketua Isi Rumah (KIR) di Daerah Julau menerima sumbangan wang tunai dan bakul makanan berjumlah RM6,000 menerusi Program Sejahtera Malaysia MADANI Kebajikan: Ziarah Kasih Ramadan 1447H.

Program anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri itu disempurnakan oleh Pegawai Daerah Julau, Minggu Jampong.

Inisiatif tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup golongan memerlukan khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Minggu (dua, kanan) menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada salah seorang penerima pada Program Ziarah Kasih Ramadan 1447H di Pejabat Daerah Julau bagi meringankan beban kos sara hidup golongan memerlukan, semalam.

Minggu berkata usaha membasmi kemiskinan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan, agensi pelaksana dan masyarakat.

“Kerajaan menyediakan dasar serta bantuan manakala rakyat perlu memanfaatkan peluang yang ada bagi meningkatkan taraf hidup,” katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah Julau, di sini semalam.

Menurut Minggu, program tersebut penting bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara.

Beliau memaklumkan Daerah Julau mencatatkan seramai 1,038 individu yang memerlukan perhatian serta sokongan kebajikan secara berterusan.

Minggu menegaskan pelaksanaan lebih banyak inisiatif kebajikan pada masa hadapan adalah perlu bagi menangani keperluan populasi tersebut.

Program ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan golongan kurang berkemampuan sentiasa terpelihara seiring aspirasi Malaysia MADANI.

-RJ-

Tinggalkan komen anda