Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Aroma Tempayan Sibu Tarik Perhatian, Kompia Kekal Ikon Warisan

By 26 Mac 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Chan Suk Leng (Sibu)

SIBU, 26 Mac (MalaysiaAktif) – Aroma harum kompia yang menyelinap keluar dari deretan kedai klasik di bandar Sibu sering mencuri perhatian pejalan kaki serta membangkitkan nostalgia masyarakat setempat.

Pastri tradisional masyarakat Foochow itu kini bukan sahaja menjadi makanan ruji, malah diangkat sebagai ikon kulinari wajib dicuba di Sarawak.

Keistimewaan kompia Sibu terserlah melalui kaedah penyediaannya yang masih mengekalkan teknik tradisional menggunakan ramuan asas seperti tepung gandum serta taburan bijan.

Doh kompia tidak dibakar menggunakan ketuhar moden, sebaliknya dilekatkan secara manual pada dinding tempayan arang yang membara bagi mendapatkan tekstur sempurna.

Doh kompia tidak dibakar menggunakan ketuhar moden, sebaliknya, setiap kepingan doh dilekatkan secara manual pada dinding tempayan arang yang membara.

Haba tinggi daripada arang menghasilkan aroma asap yang memikat dengan tekstur rangup di luar namun kekal lembut di bahagian dalam.

Bagi warga Sibu, menikmati kompia panas merupakan satu pengalaman yang mengikat rasa dan tradisi dalam bentuk asli mahupun berinti daging cincang.

Pembuat kompia veteran Lee, 59, berkata pastri tersebut merupakan simbol identiti masyarakat setempat yang diteruskan sebagai legasi keluarga sejak tahun 1963.

Lee yang merupakan generasi ketiga pengusaha Meng Sheng Kee Confectionery menegaskan kunjungan ke Sibu tidak lengkap tanpa menikmati hidangan tersebut.

Lee meneruskan legasi keluarga sejak tahun 1963 dan menyifatkan kompia sebagai simbol identiti masyarakat Foochow di Sibu, semalam.

“Pesona kompia kini melangkaui sempadan komuniti Foochow dan muncul sebagai antara tarikan pelancongan utama di daerah ini,” katanya kepada Malaysia Aktif, semalam.

Beliau menjelaskan keaslian rasa yang terus dipelihara membuktikan warisan kulinari tersebut kekal relevan meskipun zaman berubah.

Bagi pengunjung ke Sibu, mencari gerai yang menawarkan kompia segar dari tempayan merupakan satu pengalaman wajib bagi merasai sendiri keunikan kulinari tersebut.

-RJ-

Tinggalkan komen anda