
Laporan/foto: Khairul Othman (Negeri Sembilan)/Media MBNS
PORT DICKSON, 30 Mac (MalaysiAktif) – Komuniti nelayan diseru untuk tidak hanya bergantung kepada bantuan semata-mata, sebaliknya perlu berani melangkah ke hadapan dengan bangkit sebagai usahawan laut dan pemain penting dalam ekosistem ekonomi negeri.

Aminuddin, menyampaikan ucapan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata golongan itu bukan sekadar pencari rezeki di laut sebaliknya pejuang kehidupan yang saban hari berdepan cabaran dalam menyara keluarga.
“Oleh itu, dalam mendepani cabaran ekonomi semasa, kita mahu mereka bangkit sebagai pengusaha yang berjaya dan tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson di Dataran Pachitan, di sini hari ini.
Aminuddin berkata Port Dickson berpotensi besar untuk berkembang melalui penghasilan produk hiliran, pengukuhan jenama, dan rantaian nilai yang lebih meluas sehingga mampu menembusi pasaran yang lebih besar.
-RI






