
Laporan dan foto oleh: Fauzrina Hj Bulka
MELAKA, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Pengarah Urusan Sanichi Technology Berhad, Datuk Seri Dr. Jacky Pang menyerahkan sebuah unit pangsapuri di Marina Point kepada Datuk Lee Chong Wei di bilik pameran Marina Point di Klebang, di sini pada Sabtu.
“Syarikat kami dengan bangganya mempersembahkan sebuah pangsapuri kepada Datuk Wira Lee Chong Wei bagi mengiktiraf prestasi beliau yang luar biasa pada Sukan Olimpik lalu,” katanya.
Jelas Pang, mereka berharap ini akan menggalakkan lebih ramai bakat muda untuk menjalankan aktiviti sukan yang sihat dan menjadikan negara kita terkenal di peringkat antarabangsa.
Marina Point yang terletak di Klebang iaitu kira-kira tujuh minit dari Banda Hilir di pusat bandar Melaka menjanjikan gaya hidup bersepadu, glamor di samping mengutamakan kemudahan keselamatan penduduk..
“Marina Point turut menyediakan kemudahan rekreasi termasuk kolam renang, kolam kanak-kanak, sauna, spa dan gimnasium, bilik mesyuarat, kafe yang indah di atas bumbung taman,” jelasnya.
-DZ