Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bazar Siti Aisyah Dinaik Taraf Demi Keselesaan Pengunjung dan Peniaga

By 3 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aiman Alimin/Noor Haswan (Kelantan)

KOTA BHARU, 3 April (MalaysiaAktif) – Bangunan Bazar Siti Aisyah di sini akan dinaik taraf bagi menghidupkan semula peranannya sebagai pusat perniagaan rakyat dan tarikan pelancong di Kota Bharu.

Arkitek Utama Projek daripada MASA Architect yang dilantik sebagai konsultan projek Dato’ Ar Mohd Asri Mohd Salleh berkata kerja penambahbaikan termasuk penyediaan lif tambahan, ruang meletak kereta yang lebih teratur serta pembinaan ruang atrium di tingkat bawah bangunan.

“Selain perubahan fasad dan susun atur ruang niaga, projek ini turut melibatkan naik taraf sistem elektrikal dan mekanikal, landskap, laluan pejalan kaki serta kemudahan surau.

“Bangunan ini merupakan antara bangunan ikonik di Kota Bharu dan telah tiba masanya untuk direka semula agar kekal relevan serta sinonim dengan keperluan semasa,” katanya ketika di Program Jelajah Media @ Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan, Selasa lalu.

Projek dijangka bermula pada Julai dan mengambil masa kira-kira 36 bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

Bazar yang dibina pada awal 1980-an dan dibuka secara rasmi pada 1985 ini pernah menjadi tumpuan masyarakat setempat serta pelancong, namun kini memerlukan pembaharuan menyeluruh selari dengan perkembangan semasa.

-RI

Tinggalkan komen anda