Skip to main content
Berita TempatanPahang

Peranan Aktif Masyarakat Kunci Kawal Penularan Denggi

By 5 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syaiful SAS (Rompin)/Pejabat Kesihatan Daerah Rompin

ROMPIN, 5 April (MalaysiaAktif) – Penularan denggi boleh dikawal menerusi masyarakat yang aktif memainkan peranan masing-masing terutama dalam menjaga kebersihan persekitaran, kata Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) Rompin Dr. Ahmad Muhaimin Lutfi Mohd. Yusof.

Pegawai PKD Rompin sedang mengedarkan risalah berkenaan bahaya denggi kepada salah seorang penduduk di Keratong 4.

Tidak menafikan kepentingan kesedaran berkait perkara itu, beliau bagaimanapun berkata ia tidak cukup jika tidak disusuli dengan tindakan.

“Penduduk perlu memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar rumah dengan melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

“Langkah mudah seperti mengosongkan bekas takungan air, menggunakan bahan pembunuh jentik-jentik dan mendapatkan rawatan awal sekiranya bergejala mampu menyelamatkan nyawa,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif baru-baru ini.

Pemasangan gegantung di Masjid Keratong 4 sebagai usaha memperingatkan penduduk sekitar akan bahaya denggi yang sedang menular di kawasan tersebut.

Tambah beliau, antara gejala awal denggi yang perlu diberi perhatian termasuk demam panas, sakit sendi, sakit kepala dan ruam pada badan.

Terdahulu, Pejabat Kesihatan Daerah Rompin telah melaksanakan Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Denggi di sekitar kawasan Keratong 4 bermula dari 30 Mac sehingga Khamis lalu.

Aktiviti berkenaan memberi tumpuan kepada hebahan kesedaran melalui siar raya di sekitar penempatan penduduk selain pengedaran sebanyak 140 risalah berkaitan denggi serta nasihat kesihatan secara individu kepada kira-kira 180 penduduk setempat.

-RI

Tinggalkan komen anda