Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Bengkel Komuniti Filem, Belia Kreatif Bangun Bakat Anak Pahang

By 13 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

?Laporan/foto: Aifaa Syafiq (Bentong)

?BENTONG, 13 April (MalaysiaAktif) – Seramai 30 pelajar Kolej Komuniti dan Politeknik seluruh Pahang menyertai Bengkel Komuniti Filem dan Belia Kreatif bagi menggilap potensi dalam industri kreatif di Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Bentong.

Barisan panel jemputan dan penganjur bergambar bersama para peserta bengkel.

?Program anjuran Pertubuhan Kasih Rakyat dengan kerjasama Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Bentong dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini bermatlamat memperkasa pembangunan belia selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

?Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim, berkata penglibatan aktif golongan muda adalah nadi kepada kelestarian industri perfileman negara.

?”Belia perlu berani tampil dengan idea segar kerana mereka adalah penyambung warisan industri kreatif kita.

“Melalui bengkel seperti ini, kita bukan sahaja mengajar teknikal, malah membentuk jati diri agar mereka faham bahawa karya yang baik lahir daripada disiplin dan minat yang mendalam,” katanya ketika ditemui di Kolej Komuniti Bentong, di sini kelmarin.

?Bengkel selama tiga hari bermula 10 April itu turut menampilkan barisan panel berpengalaman termasuk Pengarah dan Penerbit, Harris Fadzillah serta personaliti media, Saiful Azmi Jamsari.

?Peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian merangkumi aspek penceritaan, teknikal penggambaran serta pengurusan produksi sebagai persediaan menempuh alam kerjaya dalam sektor ekonomi kreatif.

-RI

Tinggalkan komen anda