Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

WI Terus Memperkasa Wanita Pahang

By 13 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aifaa Syafiq (Bentong)

BENTONG, 13 April (MalaysiaAktif) – Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang terus komited memperkasa peranan golongan wanita dalam pembangunan masyarakat.

Penasihat WI Negeri Pahang, Dato’ Hajah Hamimah Abdul Karim, berkata keterampilan dan kemahiran wanita di daerah ini dilihat terus berkembang selari dengan peredaran zaman.

Sesi penyerahan sijil dan lencana ahli seumur hidup.

“Kita melihat potensi wanita Bentong kini bukan sahaja terhad kepada urusan domestik, malah mereka semakin berani menonjolkan bakat dalam bidang kepimpinan dan keusahawanan.

“Kemahiran yang digarap menerusi program-program WI menjadi pemangkin kepada transformasi ekonomi keluarga,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-73 WI, di sini semalam.

Majlis perasmian mesyuarat tersebut disempurnakan oleh Yang DiPertua WI Malaysia,Toh Puan Datuk Wira Dr Hajah Asmah Abdul Rahman.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyerahan sijil dan lencana Ahli Seumur Hidup serta penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang dianjurkan.

Penganjuran mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan ahli WI dari seluruh negeri Pahang.

-RI

Tinggalkan komen anda